i-MILIKI | Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama

2022-07-15 0

Kerajaan mengumumkan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi inisiatif i-MILIKI yang bermula berkuat kuasa 1 Jun 2022 hingga Disember 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yaakob menjelaskan, i-MILIKI melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut harga rumah.